Sangat sakit hati dua hari lepas. Rumah kena pecah masuk... 15 minit sebelum balik tiba2 dapat sms dari housemate, pesan jgn masuk rumah lagi kalau dah sampai. Dalam hati dah syak something... Tambahan pulak minggu lepas pun dah ada cubaan pecah masuk tapi tak berjaya. Balik je rumah terkejut tgk pintu grill terbuka luas. Padlock pun dah hilang entah ke mana... So penjahat tu cuba lagi sekali pada petang isnin tue. Masuk ikut tingkap dapur pulak kali ni. Memang betul gila la... Tak sayang nyawa betul. Rumah dahla tingkat 11... Dari balkoni tepi dengan tingkap dapur tu memang ada jarak. Melainkan dorang pinjam kuasa spiderman, mmg tak lepas nak masuk la. Tapi manusia bila akal tu dah dipengaruhi pemikiran jahat, macam tulah jadinya kan...
Balik2 je rumah masuk bilik tengok macam br lepas kena langgar garuda. Lagilah tension yang amat.. Dahla penat baru balik kerja. Satu hal pulak nak kena mengemas semua tu. Bukan main gembira lagi si penjahat tu menyepahkan kain baju saya and roommate... Lepas encik polis balik around 9.30pm , operasi mengemas pun bermula. Dalam pukul 11 lebih baru siap clearkan semua... Otak sibuk membuat keputusan sama ada nak pergi kerja atau tak esoknya sebab memang penat. Sebab takut nak duduk keseorangan kat rumah, the final decision is pergi sajalah kerja... Tapi bila bangun esok pagi memang rasa sgt malas. Rupa2nya dua org lagi housemates pun cuti juga. Tapi ambik half day jelah. Petang tu masuk ofis... Barang2 dah hilang memang tak boleh nak kata apa, dah memang rezeki si penjahat. Tapi yang sakit hatinya sebab dalam penat2 balik kerja kena kemas bilik pulak... Kalau sendiri sepahkan tak apalah jugak. Ni sebab kerja orang lain yang dah curi harta saya.. Huhu... Memang rasa nak transform jadi Hulk Hogan versi female masa tu. Mujur jugak ALLAH kurniakan sekelumit kesabaran...
No comments:
Post a Comment