28 Jan 2010

The dessert personality quiz

Knowing our personality through favourite dessert. It's fun!! Meh kita tengok siapa yang kena (^_^)


Angel food: Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being childlike and immature at times.

Brownies: You are adventurous, love new ideas, are a champion of underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your saber. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

Lemon meringue pie: Smooth, sexy, and articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

Vanilla cake with chocolate icing: Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life; very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad. However, you are a friend for life.


Strawberry short cake: Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

Chocolate cake with chocolate icing: Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

Ice cream: You like sports, whether it be baseball, football, basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

Carrot cake: You are a fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

13 Jan 2010

~ Best Moment 2009 ~


Lupa nak share... This is one of the best memories untuk dikenang in 2009. Last year my younger sister was taking PMR... On 24th December result pun keluar. Kakak-kakak dia pulak yang nervous terlebih... Masa tu saye cuti. Kebetulan hari result keluar tu saye balik Pahang.. Jadinye lagilah bertambah excited nak sampai rumah. Dia ni adik saye yg kedua... Saye ada 3 orang adik perempuan. Name dia Nursyahirah... Masa kecik selalu ejek dia anak angkat sebab muka dia chinese look.. hehe... Beza umur saye dan dia is 10 years. Jauh kan jarak kitorang?




Ni dia budak yang b'name Nursyahirah... Nickname dia 'kakak'. Dah sangat tinggi berbanding kakak2nya. Malu nak berdiri sebelah dia dah... hahaha


Alhamdulillah... Dia dapat 9A in PMR. Syukur sangat-sangat.... Mase tu dia tak pergi ambik result pun. Kawan-kawan dia yang tolong checkkan... Dia tak nak pergi Kuantan untuk ambik result walaupun mak suruh. Tapi tak apalah kan... Still she had done a great job. Really proud of her :)
This one of the best things yang berlaku in 2009...  Kenangan yang pastinya terindah buat dia. We all love you, kakak!

~ Selamat Hari Tua ~


Hari ni adalah birthday one of my housemate yang ke 25. Dah makin tua budak nie... Suzana nama dia.  Start kenal dia mase pindah masuk ke rumah sewa on midth of June... Masa tu memang tak kenal sape-sape. Mujurlah dapat housemates yang baik... Alhamdulillah. Since dari awal she always help me.. Memang baik orangnya serta sengal jugak kadang-kadang. Hehe.. Tapi hidup memang ceria dengan cik Suzana nie. Dialah tempat mengadu masalah, tempat luahan perasaan.. Dan saya jugak tempat luahan perasaan dia... Memang adil lagi saksama ;)
<- Nilah rupa cik Suzana...

So semalam lepas solat Maghrib terus bersiap dan pergi midvalley.  Rancangnya nak beli kek birthday untuk dia and buat a simple surprise birthday celebration... So everything went well. Kek yang dibeli simple and murah je. Sebab nak surprisekan dia punya pasal saye siap tumpangkan kek tu dekat rumah adik.. Almaklumlah rumah dekat sangat. Even housemates yang lain pun tak tau my plan. 


Sementara nak tunggu pukul 12 malam layan la cerita dekat tv. Tari Tirana, erm pastu tak pasti cerita ape, then tengok Gossip Girl yang dah berzaman tak layan... Muka pun selamba je macam tak ada ape-ape. Masa bagi kek dekat adik dah pesan siap-siap suruh dia naik 5 minutes before 12.  Sekali tu kan boleh pulak birthday girl ni nak masuk tidur... Lagi setengah jam nak pukul 12 masa tue... Ape lagi cepat-cepat message adik suruh naik lagi 5 minit. Memang tak boleh nak buat sharp on time... Hancur plan A saye.
Tak lama lepas tu kek pun tiba. Saye pun cepat-cepat panggil birthday girl suruh keluar... Bila tengok muka gembira dia tue memang rase happy sangat. Sebab dapat buat dia happy on one of her biggest day.




Nilah rupa kek chocolate mousse yang simple itu... Ade separuh lagi dalam fridge.  Taking this pic guna IPhone birthday girl... Maklumla baru je beli.



Birthday girl kena pasang sendiri lilin... Padan muka! Sape suruh tetiba nak masuk tido...


So we had a wonderful moment semalam. Walaupun simple je but just nice... Adalah sesi menyuap kek dan gelak-gelak bila si budak bertuah ni main-main pulak masa nak suap kek kat mulut saye. Huh!!  To my dear housemate, Suzana... Wish u a very happy birthday. Sayang bangat sama kamu!!!

12 Jan 2010

Kasihku

Aku tidak ingin mengasihi dia kerana perasaanku
Aku tidak ingin menyayangi dia kerana jiwaku
Kasihku pada dia berlandaskan kasihku pada Tuhan yang Satu
Andai kasihnya ternyata bukan untukku
Kuyakin kasih Tuhan padaku akan menghapus luka-luka itu

Coretan sana sini

Last weekend adalah sangat menggembirakan for me. Kalau boleh nak ulang semula saat-saat tu. Lepas habis kerja on Friday terus balik rumah kemas barang dan b’tolak ke Bangi. Komuter sangat sesak, memang tension dibuatnye. Tapi disebabkan nak ke UKM jugak punya pasal, bertahan sajalah dalam kepadatan tren tue. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa sebarang kecederaan..Hehehe. Macam biase, saya stay di rumah bestfriend. Malam tu pegi family day Kolej Rahim Kajai. Sekadar jalan2 beli makanan dan sehelai selendang. Tak reti pun pakai selendang tapi belasah sajalah. Asal nampak macam pakai sudahla. Malas nak merapi lawa-lawa. Bukannya ada orang nak tengok pun.

On Saturday sebelah paginya tak ada aktiviti. Oleh sebab plan nak balik KL petang tu jugak so saye pun iron baju siap-siap. Rajinlah sangat kan. Padahal dah pukul 12 tghari tapi belum mandi lagi. Hehe… Petang tu pegi pasar malam Bangi. Saye suka sangat pasar malam ni. Compared dengan pasar malam Kerinchi yang sangat kecik dan tak banyak pilihan, memang tak jadi apa la. Rasa macam nak stay dekat Bangi pun ada tapi jauh la pulak nak ulang alik ke KL. Kalau ada transport pun still parah. Dengan nak kena bangun awal pagi lagi. Sanggup ke wahai Husna? Of courselah tidak. Duduk rumah sekarang, keluar pukul 8 pun sempat lagi. Berbalik pada cerita pasar malam, memang borong makanan sajalah. Biaselah masa membeli, memang tamak... Sudahnya ada je makanan yang tak b’sentuh ataupun kena sentuh sikit je and then end up masuk dalam tong sampah. Sukalah sangat kawan dengan syaitan kan... Then bila dan macam tu barulah perasan I spend a lot of amount on foods only. Aduhla Husna, memang patut lain kali pegi pasar malam bawak 10 ringgit je.

Malam tu ada aktiviti sangat best, menonton teater! Dah lama sangat tak tengok teater... Memang rindu la aktiviti ni. Dulu sanggup berjalan dari Burhan ke Dewan Gemilang (DG) semata-mata nak tengok teater. My college is one of the best dalam teater, tu yang lagi semangat pergi tengok and bagi sokongan. Mase second year siap join kelab teater tapi tukang sediakan props jelah, bukannya barisan pelakon. Harusla teater itu hancur kalau saye yang berlakon… Mase tengah tengok teater jumpa Nad, Amalina serta Hadi. Punyalah excited jumpa Nad dan Malin sampaikan boleh tak perasan akan kewujudan Hadi walaupun dia pakai baju warna kuning terang benderang. Sorry Hadi!! Persembahan teater sangat best sampai tak larat nak gelak. Terima kasih kepada my bestfriend sebab bawak saye pegi tengok teater. Saye duduk senyap-senyap je kat sebelah bila dia dah start memecut keretanya. Bukannya reti nak drive kereta slow sikit budak seorang tu. Thanks a lot jugak especially kepada Nad dan Amalina for the wonderful moment. Harap-harap dapat enjoy lagi moment macam nie. Yang pentingnya, kolej yang saya telah stay selama 3 tahun sepanjang kat UKM yang menang dalam teater tu. So sangat puas hati lah… Bravo Tekad!!


Ahad tu pulak kena bertugas di KLCC, ada The Star Education Fair. Best jugak… It’s a whole new experience for me. First time bertugas jaga booth… Boleh tengok macam-macam ragam orang. Saye tak familiar dengan KLCC sebenarnya, sebab jarang pergi. Pukul 8 lebih bertolak dari Bangi... Mujur jugak tren tu laju hari tu. Around 9 something sampai rumah.. Terus tukar baju, minum milo dan bertolak ke KLCC. Tak sempat nak breakfast pun. Bila dah sampai KLCC jadi satu hal pulak... Tak tau arah ke Convention Centre. Malu bertanya sesat jalan..Jadi saye pun tanyalah dekat guard. Dengan kepakaran melilau sedia ada, akhirnya selamat sampai. Tapi bila dah kat situ lagilah tension. Sampai nak menangis dibuatnya sebab cari booth UM tak jumpa... Adalah dalam 15 minit melilau dalam tu, dari Hall 3 ke Hall 1 tapi tak jumpa jugak. Sakit hati betul, kaki pun dah sakit. Punyalah kecik dan comel booth Universiti Malaya yang tersohor tue. Jangan salah paham, pihak pengurusan cuma nak jimat duit. Ruang yang kecik tu pun dah RM500O. Tak taulah berapa kolej swasta dengan booth mereka yang sangat besar tu bayar... Takpe, mereka banyak duit kan. Punyalah susah nakjumpa booth UM sebab terlindung dengan booth mereka yang sangat besar. Memang tenggelamla... Sepanjang booth tu baru tau macam mana nak bersoal jawab dengan orang yang datang. Banyak yang tak tau lagi so agak cuak la... Tapi lepas tu dah agak confidence. Ramai yang datang nak tanya pasal degree program serta diploma.. Untuk soalan seperti ada tawar diploma atau degree secara PJJ tu memang boleh diabaikan je. Jawapannya of course la tak ade. Ramai jugak yang assumed dengan diploma terus boleh sambung MA. Senangnye hidup macam tu kan... Terfikir jugak, mereka ni dah attend kolej/universiti. How come fakta seperti only with degree je boleh sambung Master pun dorang tak tau... Ooh, yang tu semua for undergraduates… Mine is postgraduate tapi oleh sebab duduk sebelah menyebelah so tolonglah jawabkan.

Ada seorang ni ingatkan tengah buat MA sebab dia tanya pasal PhD program. Rupanya baru belajar di Politeknik... Dah siap tanya pasal Phd. Semangat betul dik... Yang datang tanya for postgraduate tak ramai. Tengok gelagat budak-budak sekolah,yang baru lepas SPM tu yang bestnya. Ada sekumpulan budak-budak ni, all boys, memang kelakar la tengok dorang. Ade seorang nie sangat menarik perhatian... Sangat comel, hensem, sempoi, cute dengan pakai baju warna pinknya. Tak suke sebenarnye lelaki pakai warna pink tapi dia ni dapat pengecualian sebab comel. Nasiblah baru lepas SPM dik oii... Hehehe =P So overall memang bestla join pameran macam nie. Bos dah kata nanti pameran luar KL dia nak heret saye sekali.. Hehe. Bestnye!!! Tapi kan sampai sekarang kaki sakit tak lega lagi. Tu yang tak bestnya :( Sekian laporan tak berapa nak ringkas hujung minggu saya...

8 Jan 2010

Wajah Siapa Yang Kau Cari

Wajah Siapa Yang Kau Cari (Ibnor Riza)

Tidak ku tahu apa maksudmu
Tertanya-tanya pula di hatiku
Lama sudah menanti belum kutemui
Jawapanmu yang masih samar

Wajah siapa yang engkau cari
Hati yang mana kau ternanti-nanti
Semakin binggung sungguh sedih
Tak menentu didalam permainan rindu

Terbuang sudah rasa kasih yang kucurah
Meresap jauh dan entah ke mana
Sia-siakah pengorbanan ini
Ataukah memang sengaja diuji

Bercinta denganmu bagaikan bermain
Di taman larangan istana kayangan
Andai ku ditawan pastinya hukuman
Harus kuterima walau tak kurela

Apakah lagi yang masih kurang
Dan apa pula terlebih buatmu
Tak dapat aku teka seandainya
Engkau masih lagi berdiam diri

Didera permainan rindu
Itukah hadiah untukku
Adakah ku diuji

Just terjumpa lirik lagu nie... Hurm.. Not really related with me. But still ade some part yg menyentuh perasaan :

Wajah siapa yang engkau cari
Hati yang mana kau ternanti-nanti
Lama sudah menanti belum kutemui
Jawapanmu yang masih samar

23 Dec 2009

Dugaan Hujung Tahun

Sangat sakit hati dua hari lepas. Rumah kena pecah masuk... 15 minit sebelum balik tiba2 dapat sms dari housemate, pesan jgn masuk rumah lagi kalau dah sampai. Dalam hati dah syak something... Tambahan pulak minggu lepas pun dah ada cubaan pecah masuk tapi tak berjaya. Balik je rumah terkejut tgk pintu grill terbuka luas. Padlock pun dah hilang entah ke mana... So penjahat tu cuba lagi sekali pada petang isnin tue. Masuk ikut tingkap dapur pulak kali ni. Memang betul gila la... Tak sayang nyawa betul. Rumah dahla tingkat 11... Dari balkoni tepi dengan tingkap dapur tu memang ada jarak. Melainkan dorang pinjam kuasa spiderman, mmg tak lepas nak masuk la. Tapi manusia bila akal tu dah dipengaruhi pemikiran jahat, macam tulah jadinya kan...

Balik2 je rumah masuk bilik tengok macam br lepas kena langgar garuda. Lagilah tension yang amat.. Dahla penat baru balik kerja. Satu hal pulak nak kena mengemas semua tu. Bukan main gembira lagi si penjahat tu menyepahkan kain baju saya and roommate... Lepas encik polis balik around 9.30pm , operasi mengemas pun bermula. Dalam pukul 11 lebih baru siap clearkan semua... Otak sibuk membuat keputusan sama ada nak pergi kerja atau tak esoknya sebab memang penat. Sebab takut nak duduk keseorangan kat rumah, the final decision is pergi sajalah kerja... Tapi bila bangun esok pagi memang rasa sgt malas. Rupa2nya dua org lagi housemates pun cuti juga. Tapi ambik half day jelah. Petang tu masuk ofis... Barang2 dah hilang memang tak boleh nak kata apa, dah memang rezeki si penjahat. Tapi yang sakit hatinya sebab dalam penat2 balik kerja kena kemas bilik pulak... Kalau sendiri sepahkan tak apalah jugak. Ni sebab kerja orang lain yang dah curi harta saya.. Huhu... Memang rasa nak transform jadi Hulk Hogan versi female masa tu. Mujur jugak ALLAH kurniakan sekelumit kesabaran...

12 Nov 2009

Bosan layan facebook, bosan main game, bosan dengar lagu. Semua benda membosankan saya. Layan blog lah pulak... Hari ni nk create kuiz sendiri. Ade sgtlah bakat nak merapu meraban nie ;P

(1) You are currently obsessed with?

Lagu fireflies (owl city), only you can love me this way (keith urban), starstrukk (katy perry ft. 3oh3) and lagu kelly clarkson of course... Ooh Inuyasha juga...

(2) Apa mood anda hari nie?

Hoho.. Entahla. Tak ada rase gumbira, sedih pun tak... Xde perasaan kot. Rase bosan je...

(3) Destinasi pelancongan impian anda?

Yg mmg sediakala dlm list: Jepun, Bukit Tinggi, Sabah, Scotland (nak pergi tengok castle)... Teringin nk pergi Langkawi since dia kata best and Tioman sebab dkt dengan rumah. Tak berapa minat pulau2 ni sebenarnye sebab saye agak phobia dengan air...

(4) You just can't wait for?

Tunggu episod baru Inuyasha diupload ke Megavideo. Penantian memang satu penyeksaan...

(5) Perkara yang orang tak berapa tahu pasal anda?

Yang saye sebenarnya suke buat lawak. And I love to laugh!!! I love seeing people around me being happy... Saye juga bkn seorang yg lemah lembut as I seemed. Tipu je tu... Haha

(6) Did you miss anyone right now?

Ooh... Absolutely. My family, my friends... and him.

(7) One of your dream?

Nak jadi novelist. Bukan xde idea nak menulis tapi malas kot... Tlg doakan agar saye jadi rajin... Kenapa la asyik dilanda virus malas nie??

Okay... 7 questions je for today. Wah.. Ternyata hari ni saya jadi rajin utk update blog. A big applause for myself.... Hehehe (^_^)

Me and You

Okay... First and foremost, dah berkurun tak update blog. Kesian blog ni terabai je... Nak buat macam mana, tuannya ni pemalas sikit nak update. Hehe ^_^

Lately, few things happened. Ada good news, ada jugak bad news yg rupa-rupanye tak bad pun. Huhu... Dalam 3 minggu yang lepas, saya dikejutkan dengan satu perkara. What can I say is my heart breaks into pieces. Tapi macam melampau sangat la pulak gambarannya... Oleh sebab dah glue siap2, jadi taklah break teruk sgt. Still, I'm fragile and vulnerable. Sangat tension masa tu but I tried to be rational as much as I can...

Oleh sebab dah pergi bergumbira sana sini, jd xdelah rasa tension sgt. Oleh itu saya nk ucapkan thanks a lot kepada kawan2 yg telah m'hiburkan hati saye... Hehehe. But then, last week I found out the truth. Buat penat je selama dua minggu pendam perasaan rupa-rupanya there's nothing actually... I should be happy tapi geram pun ade. Tapi ada pengajaran di sebalik semua ni.. Next time, kena find out dulu sesuatu perkara tu betul atau tak. Then barulah buat keputusan/tindakan. Moral of the story: jgn bertindak ikut perasaan. Nanti diri sendiri yang rugi... Sekarang dah rasa lega sikit. Sikit je. Tak boleh nak lega banyak2... Hahaha...

8 Sept 2009

Saja suka suka

1. Who was your FIRST prom date?
There's no prom... apetah lg prom date

2. Do you still talk to your FIRST love?
yup... once a year kot ;P

3. What was your FIRST alcoholic drink?
CAN'T DRINK....

4. What was your FIRST job?
operator... part time job... xbest lngsung

5. What was your FIRST car?
kete sorong? hehe.. do not have a car yet ;P

6. Who was the FIRST person to text you today?
my officer...

7. Who is the FIRST person you thought of this morning?
not sure... terpikir keje yg kena settle kat opis je

8. Who was your FIRST grade teacher?
dh xingat la...

9. Where did you go on your FIRST ride on an airplane?
Blum pnah ride a plane. Maybe Indonesia, Sabah or Japan.. Hope so ;)

10. Who was your FIRST best friend & do you still talk ?
Rabae... We still keep in touch wlupun jarang2...

11. Where was your FIRST sleep over?
Shila's house... Siap rosakkan pintu dapur rumah dia lg...

12. Who was the FIRST person you talked to today?
my housemate... masa bgn sahur

13. Whose wedding were you in the FIRST time?
Jiran tetangga... Masa kecik slalu pergi wedding.

14. What was the FIRST thing you did this morning?
bgn gosok gigi, panaskan nasi and lauk pastu sahur...

15. What was the FIRST concert you ever went to?
konsert nasyid... hehe

16. FIRST tattoo?
CANNOT jugak...

17. FIRST piercing?
Around 6 or 7 years old but now don't wear earring anymore

18. FIRST foreign country you've been to?
never went outside Malaysia... Hope will do so in the future

19. FIRST movie you remember seeing?
of course la dah xingat...

20. When was your FIRST detention?
what kind of detention? never kot...

21. What was the FIRST State you lived in?
Pahang... It's always been my fav state :-)

22. Who was your FIRST roommate?
Apart from my siblings, I have many roommates because I'm studying in a boarding school...

23. Who do you think will be the next person to post this?
dOn't know... don't even want to guess

14 Aug 2009

Hikmah Solat

Dapat emel dari kawan. Sangat informatif bagi kita yang tak pernah tau atau tak pernah nak ambik tahu... Setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersurat lagi tersirat.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

13 Aug 2009

Semangat baru

Hehe.. Apa yang nak diceritakan taklah se'gah' titlenye. Saje nak bg effect lebih.. Sebenarnya saya sangatla happy sebab dah berjaya mengedit blog ni utk kesekian kalinya. Sebelum ni punya payah nk jumpa template yang sesuai dan berkenan di hati.. Tak pun bile dah jumpa ada je mslh.... So finally guna je template sedia ada pastu create banner sendiri. Puas hati I... Hasilnya: I love seeing my blog... Hehe...

So pasni InsyaAllah rajin la kot update blog nie... Kalau xde idea pun blh je kot merapu. Hehe... Suke suke... Ooh lupe.. Chatbox tak letak lagi. Alamatnya kena create semula la... Setiap kali tukar template blog mesti kene buat chatbox yg baru.. Cam malas. Hehe.. Ish kene rajinkan diri...
Banner created with MyBannerMaker.com

11 Aug 2009

My complicated heart

Can I say that I really miss him? Maaflah ye.. Entri kali ni agak err... xtau la ape kategorinye. Quite personal... But what can I say.. I can't wrote on my facebook wall that I really miss him. Tapi dia jauh.... And I can't even say this to him...

Sometimes I wonder did I do the right thing? Did I pick the right way? But life is full of risk.. You never know what will you face in the future... So what I really wanna do is try and give myself a chance. Sometime I'm so confused... But I know that he is one of my reason of happiness. Didn't know whether I'll find someone else like him. Wish I am not going to... He's so precious to me...

Sekian... Hehe... Tak boleh ckp kat orgnye pun cukupla dpt luahkan kat sini...

12 Jul 2009

About Me - Based on Numerology

You entered: husna
There are 5 letters in your name.
Those 5 letters total to 18
There are 2 vowels and 3 consonants in your name.

What your first name means:Muslim Female Beautiful. A belle.


Your number is: 9

The characteristics of #9 are: Humanitarian, giving nature, selflessness, obligations, creative expression.

The expression or destiny for #9:
The expression that you exhibit is represented bythe number 9. Your talents center in humanistic interests and approaches. You like to help others as you were intended to be the 'big brother or big sister' type. You operate best when you follow your feelings and sense of compassion, and allow yourself to be sensitive to the needs of others. You work well with people, and have the potential to inspire. This suggests that you could successfully teach or counsel. Creative ability, imagination and artistic talent (often latent) of the highest order are present in this expression. It's possible that you're not using or developing all of these capabilities at this time. Some of your talents may have been used at an earlier time in your life, and some may still be latent. Be aware of your capabilities, so that you can make use of them at appropriate times.

If you are able to achieve the potential of your natural expression in this life, you are capable of much human understanding and have a lot to give to others. Your personal ambitions are likely to be maintained in a very positive perspective, never losing sight of an interest in people, and a sympathetic, tolerant, broad-minded and compassionate point of view. You are quite idealistic, and disappointed at the lack of perfection in the world. You have a strong awareness of your own feeling as well as those of others. Friendships, affection, and love are extremely important.

Undeveloped or ignored, the negative side of the 9 expression can be very selfish and self-centered. If you do not actively involve yourself with work that benefits others, you may tend to express just the opposite characteristics. It is your role to be very involved with other people and their needs, but it may be difficult for you achieve this role. Aloofness, lack of involvement, and a lack of sensitivity mark the low road of this expression.

Your Soul Urge number is: 4

A Soul Urge number of 4 means:
With the Soul Urge or Motivation number of 4 you are likely to strive for a stable life. You tend to follow a rather orderly pattern and systematic approach in your endeavors. You have an inner desire to serve others in a methodical and diligent manner. You want to be in solid, conventional, and well-regulated activities, and you are somewhat disturbed by innovation and erratic or sudden changes. Excellent at organizing, systematizing, and managing, you have a way of establishing order and maintaining it. You are responsible, reliable and in the final analysis, practical. Highly analytical, you can see your way through all sorts of situations and generally have a clear understanding of the issues. You are a very honest, sincere, and conscientious individual.

The negative side of the 4 is rigid, stubborn and somewhat narrow-minded. There is a tendency to hide feelings, or to really not be aware of real feelings. Avoid being too rigid and stubborn in your thinking, and try to always see the big picture rather than becoming to involved with the detail. Don't be afraid to take a chance once in awhile.

Your Inner Dream number is: 5

An Inner Dream number of 5 means:
You dream of being totally free and unrestrained by responsibility. You see yourself conversing and mingling with the natives in many nations, living for adventure and life experiences. You imagine what you might accomplished.

11 Jul 2009

Nak tulis gak!!

Takde idea sebenarnya nak tulis apa. Saje je nak buat jugak posting baru kat blog nie... Kenapa sekarang malas benar nak menulis ye? One of my habit, kalau tak tau nak buat apa (biasanya kalau tak blh tidur), mesti bangun pastu ambik kertas and pen then mulalah tulis apa yang ada dlm fikiran... Orang kata dengan cara tu kita blh kurangkan tekanan sikit... Even kertas tu tak boleh respon balik, at least kita dapat luahkan jugak apa yang kita rasa. Sebab tak semua perkara kita boleh cerita dekat orang kan... Apa yang kita tulis tu boleh baca blk suatu hari nanti... Kalau kita still simpan la.

Semalam dapat jumpa my close friend... Saya gelarkan dia sebagai my part time bf. Haha... Dia perempuan ye. Mula kenal dia masa 3rd year... Kebetulan her room depan my best friend's room. Pernah join kelab yang sama tapi entahla, masa tu tak pernah perasan dia. So bila dah start kenal tu jadi rapatla... Dah jadi best friend pun sekarang. Walaupun hobi tak semua sama tapi byk benda yang blh share dengan dia. Suke layan drama jepun, movie jepun, lagu jepun, anime Jepun... Even plan to go to Japan on 2011 with her.. Hehehe... Hope our dream will come true :-)

Yang tak bestnya dapat jumpa dia jap je. Coz pagi ni dia dah bertolak ke Gurun, Kedah. Dia praktikal kat sana selama 6 bulan... Lame tu. To Huda, all da best ya my dear friend. Friends come and go... Ade satu fakta ni kata dlm tempoh 7 tahun our circle of friends akan bertukar. Betul kot... Dari zaman kanak-kanak, pastu sekolah rendah, sekolah menengah, then masuk U, pastu keje pulak... Tapi ada jugak kawan yang kekal dr kecil sampailah sekarang. I hope my friendship dengan kawan-kawan sekarang akan kekal sampai bila-bila... Mudah-mudahan... Amin.

Someone told me this. Kawan ada banyak kategori... Ada yang istimewa,ada yang biasa je. Kita ada kawan baik, kawan rapat... Kadang-kadang tak tau nak masuk dlm kategori mana. Saya pun selalu confused dengan term kawan baik dan kawan rapat... Tapi apapun semua kawan special and mean so much to me. To all my friends, thanks for being there ^_^
Remember, I will still be here
As long as you hold me, in your memory

Remember, when your dreams have ended
Time can be transcended
Just remember me

I am the one star that keeps burning, so brightly,
It is the last light, to fade into the rising sun

I'm with you
Whenever you tell, my story
For I am all I've done

Remember, I will still be here
As long as you hold me, in your memory
Remember me

I am the one voice in the cold wind, that whispers
And if you listen, you'll hear me call across the sky

As long as I still can reach out, and touch you
Then I will never die

Remember, I'll never leave you
If you will only
Remember me

Remember me...

Remember, I will still be here
As long as you hold me
In your memory

Remember, when your dreams have ended
Time can be transcended
I live forever
Remember me



Tak pernah dengar pun lagu nie sebenarnya... Tapi memang suka Josh Groban. Just come across the lyric. I think it's so meaningful.

Thankful (Josh Groban)

Somedays we forget
To look around us
Somedays we can't see
The joy that surrounds us
So caught up inside ourselves
We take when we should give.

So for tonight we pray for
What we know can be.
And on this day we hope for
What we still can't see.
It's up to us to be the change
And even though we all can still do more
There's so much to be thankful for.

Look beyond ourselves
There's so much sorrow
It's way too late to say
I'll cry tomorrow
Each of us must find our truth
It's so long overdue

So for tonight we pray for
What we know can be
And every day we hope for
What we still can't see
It's up to us to be the change
And even though we all can still do more
There's so much to be thankful for.

Even with our differences
There is a place we're all connected
Each of us can find each other's light

So for tonight we pray for
What we know can be
And on this day we hope for
What we still can't see
It's up to us to be the change
And even though this world needs so much more

There's so much to be thankful for



: there's so much to be thanks for :

10 Jul 2009

Things I wanna say

Alhamdulillah... Everything went well these few days. The truth is I'm really worried... Before this ade something yang asyik berlegar-legar di minda. Baru je dapat luahkan... Kalau kena peram lagi lama tak tau la. To that person, thanks for understanding...

Dah agak lama tak update blog nie. Sebelum ni busy nak tukar template... Nie dah berjaya pun tukar. Ade kesempatan ni terus la update... Tak tau la nk cerita apa sebenarnya. Walaupun agak banyak perkara yang berlegar di minda. Nak cerita pasal kerja tak ada sgt yang menarik... Biase jelah. Pergi keje, blk keje.. Naik bas tiap2 hari... Tak jauh mana pun. Pastu still kena jalan dlm 5 minit ikut shortcut Pusat Asasi Sains (PASUM), barulah smpai ofis. Ni students dah start kelas lagilah kene berebut bas... Senang cite balik la lmbat sikit.. Orang pun dah tak ramai time tue. Kalau hujan lagi leceh, mesti jammed punya.

Baru-baru ni dapat jemputan kahwin dr seorang kahwin. Kenal mase sama-sama keje kilang cuti semester nk naik 3rd year dekat JB... Same-sama pegi keje, duduk dekat rumah yang sama. Satu rumah sume budak U... Nak kata best taklah sgt. Yang best sbb dapat kawan-kawan baru... Ramai kawan yg dah mendirikan rumahtangga. Yang sdg dlm perancangan pun ramai gak.. Yang asyik fikir bila nak kawin pun ramai... Hurm... Excluding me ye... Bukanlah tak nak kawin tapi still tak terfikir lagi. Yelah, br 25.. Rasa mcm muda sgt lagi. Nak jage diri sendiri pun tak lepas lg, inikan nak pikul tnggjwb sbg isteri... Then sbg seorg ibu pulak. Bkn senang kan... So baiklah jgn cari pasal. Kawin bkn sbb nak meteraikan cinta semata-mata.. Tggjwbnya lagi besar dari tue. Zaman sekarang cinta saje tak cukup utk jamin kebahagiaan... Wang tu penting. Tak kisahla kalau orang kata saya ni materialistik tp tulah hakikat kehidupan. Apapun, congrats to kawan-kawan yang dah selamat m'dirikan rumahtangga... All da best ya!

Okaylah... Rasanye yang lain-lain tu akan diceritakan dlm posting akan datang. Sekian... Have a good day ;-)

30 May 2009

You have a wild streak! But you can keep it hidden when necessary. In fact, as a middle child, you have a changeable nature and wear many different hats. Your favorite role is that of the sultry little sister, and when you’re playing this role there are few men who can resist you. You also have a bossy, domineering side that can get you ahead in business if you work as a supervisor, director or manager. But beware of being too bossy with your friends, especially males. Your best romantic match is an older brother of sisters, or another middleborn who has at least one younger sister close in age to him. With boys who have older sisters, you can party and play games, but you’ll miss the kind of romantic take-charge dynamic that’s so important for your happiness. You have the same birth order as Britney Spears. Your best celebrity love match is Tom Cruise.


For a middle child like me who had an older brother... Take notes please. Why Tom Cruise dlm byk2 org? Too old la ;p



p/s: This blog is still new and I still have lots to do. E.g; Provide the comment section. Kene blaja nie.. Bkn main copy and paste jek ^_^