12 Jan 2010

Coretan sana sini

Last weekend adalah sangat menggembirakan for me. Kalau boleh nak ulang semula saat-saat tu. Lepas habis kerja on Friday terus balik rumah kemas barang dan b’tolak ke Bangi. Komuter sangat sesak, memang tension dibuatnye. Tapi disebabkan nak ke UKM jugak punya pasal, bertahan sajalah dalam kepadatan tren tue. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa sebarang kecederaan..Hehehe. Macam biase, saya stay di rumah bestfriend. Malam tu pegi family day Kolej Rahim Kajai. Sekadar jalan2 beli makanan dan sehelai selendang. Tak reti pun pakai selendang tapi belasah sajalah. Asal nampak macam pakai sudahla. Malas nak merapi lawa-lawa. Bukannya ada orang nak tengok pun.

On Saturday sebelah paginya tak ada aktiviti. Oleh sebab plan nak balik KL petang tu jugak so saye pun iron baju siap-siap. Rajinlah sangat kan. Padahal dah pukul 12 tghari tapi belum mandi lagi. Hehe… Petang tu pegi pasar malam Bangi. Saye suka sangat pasar malam ni. Compared dengan pasar malam Kerinchi yang sangat kecik dan tak banyak pilihan, memang tak jadi apa la. Rasa macam nak stay dekat Bangi pun ada tapi jauh la pulak nak ulang alik ke KL. Kalau ada transport pun still parah. Dengan nak kena bangun awal pagi lagi. Sanggup ke wahai Husna? Of courselah tidak. Duduk rumah sekarang, keluar pukul 8 pun sempat lagi. Berbalik pada cerita pasar malam, memang borong makanan sajalah. Biaselah masa membeli, memang tamak... Sudahnya ada je makanan yang tak b’sentuh ataupun kena sentuh sikit je and then end up masuk dalam tong sampah. Sukalah sangat kawan dengan syaitan kan... Then bila dan macam tu barulah perasan I spend a lot of amount on foods only. Aduhla Husna, memang patut lain kali pegi pasar malam bawak 10 ringgit je.

Malam tu ada aktiviti sangat best, menonton teater! Dah lama sangat tak tengok teater... Memang rindu la aktiviti ni. Dulu sanggup berjalan dari Burhan ke Dewan Gemilang (DG) semata-mata nak tengok teater. My college is one of the best dalam teater, tu yang lagi semangat pergi tengok and bagi sokongan. Mase second year siap join kelab teater tapi tukang sediakan props jelah, bukannya barisan pelakon. Harusla teater itu hancur kalau saye yang berlakon… Mase tengah tengok teater jumpa Nad, Amalina serta Hadi. Punyalah excited jumpa Nad dan Malin sampaikan boleh tak perasan akan kewujudan Hadi walaupun dia pakai baju warna kuning terang benderang. Sorry Hadi!! Persembahan teater sangat best sampai tak larat nak gelak. Terima kasih kepada my bestfriend sebab bawak saye pegi tengok teater. Saye duduk senyap-senyap je kat sebelah bila dia dah start memecut keretanya. Bukannya reti nak drive kereta slow sikit budak seorang tu. Thanks a lot jugak especially kepada Nad dan Amalina for the wonderful moment. Harap-harap dapat enjoy lagi moment macam nie. Yang pentingnya, kolej yang saya telah stay selama 3 tahun sepanjang kat UKM yang menang dalam teater tu. So sangat puas hati lah… Bravo Tekad!!


Ahad tu pulak kena bertugas di KLCC, ada The Star Education Fair. Best jugak… It’s a whole new experience for me. First time bertugas jaga booth… Boleh tengok macam-macam ragam orang. Saye tak familiar dengan KLCC sebenarnya, sebab jarang pergi. Pukul 8 lebih bertolak dari Bangi... Mujur jugak tren tu laju hari tu. Around 9 something sampai rumah.. Terus tukar baju, minum milo dan bertolak ke KLCC. Tak sempat nak breakfast pun. Bila dah sampai KLCC jadi satu hal pulak... Tak tau arah ke Convention Centre. Malu bertanya sesat jalan..Jadi saye pun tanyalah dekat guard. Dengan kepakaran melilau sedia ada, akhirnya selamat sampai. Tapi bila dah kat situ lagilah tension. Sampai nak menangis dibuatnya sebab cari booth UM tak jumpa... Adalah dalam 15 minit melilau dalam tu, dari Hall 3 ke Hall 1 tapi tak jumpa jugak. Sakit hati betul, kaki pun dah sakit. Punyalah kecik dan comel booth Universiti Malaya yang tersohor tue. Jangan salah paham, pihak pengurusan cuma nak jimat duit. Ruang yang kecik tu pun dah RM500O. Tak taulah berapa kolej swasta dengan booth mereka yang sangat besar tu bayar... Takpe, mereka banyak duit kan. Punyalah susah nakjumpa booth UM sebab terlindung dengan booth mereka yang sangat besar. Memang tenggelamla... Sepanjang booth tu baru tau macam mana nak bersoal jawab dengan orang yang datang. Banyak yang tak tau lagi so agak cuak la... Tapi lepas tu dah agak confidence. Ramai yang datang nak tanya pasal degree program serta diploma.. Untuk soalan seperti ada tawar diploma atau degree secara PJJ tu memang boleh diabaikan je. Jawapannya of course la tak ade. Ramai jugak yang assumed dengan diploma terus boleh sambung MA. Senangnye hidup macam tu kan... Terfikir jugak, mereka ni dah attend kolej/universiti. How come fakta seperti only with degree je boleh sambung Master pun dorang tak tau... Ooh, yang tu semua for undergraduates… Mine is postgraduate tapi oleh sebab duduk sebelah menyebelah so tolonglah jawabkan.

Ada seorang ni ingatkan tengah buat MA sebab dia tanya pasal PhD program. Rupanya baru belajar di Politeknik... Dah siap tanya pasal Phd. Semangat betul dik... Yang datang tanya for postgraduate tak ramai. Tengok gelagat budak-budak sekolah,yang baru lepas SPM tu yang bestnya. Ada sekumpulan budak-budak ni, all boys, memang kelakar la tengok dorang. Ade seorang nie sangat menarik perhatian... Sangat comel, hensem, sempoi, cute dengan pakai baju warna pinknya. Tak suke sebenarnye lelaki pakai warna pink tapi dia ni dapat pengecualian sebab comel. Nasiblah baru lepas SPM dik oii... Hehehe =P So overall memang bestla join pameran macam nie. Bos dah kata nanti pameran luar KL dia nak heret saye sekali.. Hehe. Bestnye!!! Tapi kan sampai sekarang kaki sakit tak lega lagi. Tu yang tak bestnya :( Sekian laporan tak berapa nak ringkas hujung minggu saya...

4 comments:

  1. Amboi husna...panjangnya artikel..hehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha... penat karang malam td tau...

    ReplyDelete
  3. adik cute berbaju pink itu..hahah..sungguh tertarik saya membacanyer...

    ReplyDelete
  4. hehehe.. he's so damn cute u know. kalo bkn under age mmg dah lame I ngorat... haha :)

    ReplyDelete