21 Jan 2011

Just Like Heaven

Tajuk di atas tiada kena mengena dengan cerita Just Like Heaven. Cerita tu pun sampai sekarang belum tengok lagi... Sob sob... Hari ni merupakan hari ketiga sesi bersantai a.k.a bercuti di rumah. Perasaannya? Sukar digambarkan... Just like heaven!! Bangun pagi terus online. Kalau kat office haruslah online jugak sebelum pukul 8.30 tapi after that terus kena buat kerja. Lagi annoying kalau time tengah busy telefon pulak tak reti-reti nak diam. Rasa macam nak cabut je wayar telefon tue... Duduk rumah memang best. Nak mandi pukul berapa pun ikut suka hati... Takde sapepun nak check eh dah mandi ke belum. Breakfast? Done... Milo bersama roti. Lunch? Kejap lagi pikir nak masak ape... Paling rajin masak makaroni la kot. Semalam dah buat grocery shopping... Pheww... Kalau tak mesti starving. Nak turun bawah malas walaupun guna lif. Nak keluar rumah pun malas eh... Setiap minit dan saat cutiku sangat berharga. Just like heaven lah katakan :)

19 Jan 2011

Luahan perasaan lagi!!

Nak buat luahan perasaan. Grr... Geramnya!! Biasanya balik rumah sebelum ni tumpang ofismate. Dia akan dropkan dekat stesen Universiti and terus je jalan kaki balik rumah. So biasanya pukul 6 mesti dah sampai rumah... Waktu kerja habis pukul 5.30. Tapi oleh sebab kakak tu dah pindah so kena lah cari alternatif lain untuk balik. Biasanya naik cab dengan seorang lagi ofismate ni tapi semalam oleh kerana hujan lebat so saya pun decide nak balik lambat sikit... Lagipun parah jugak kalau hari-hari naik teksi. Ingatkan kalau tunggu bas lepas pukul 6 tak adalah ramai sangat orang. Tapi memang malang nasib. Bas yang ketiga baru la sudi nak bagi kami naik. I am with my other officemate at the time... Mujurlah dapat juga naik kalau tak agaknya dah azan Maghrib pun still stuck dalam UM. A bit luckier dari orang lain yang still kena tunggu the next bus to come. Adalah dekat 45 minit  jugak tunggu bas tu... Kalau jalan kaki pun dah selamat sampai rumah, lepak-lepak depan tv. Menyesal pun tak guna kan. Bas tu pun tak payah cakapla... Kalau dah namanya Rapid KL yang masuk dalam UM tak sah kalau tak padat macam sardin... Kalau time tengahari je tak ramai orang kot. Yang nak diceritakan ni pasal suasana dalam bas ni. Adalah tiga empat orang budak sekolah ni yang entah macam mana boleh sesat dalam bas tu... Dahla bising, bahasa yang digunakan kasar pulak tu. Memang panas je hati. Dahla penat baru balik kerja, dengan memang sediakala hot tunggu bas punya lama.. Rasa nak sound je sedas dua suruh budak-budak tu senyap sikit. Budak-budak zaman sekarang memangla kurang manner kan. Lepas tu yang lagi menyakitkan hati bila the bus driver shouted at my friend suruh ke tepi sikit. Kalau ko cakap elok-elok sikit tak boleh ke? Macamlah orang pekak or tak paham bahasa nak kena jerit-jerit macam tu. Lagipun manalah my friend tau she's blocking the side mirror. Dia duduk situ tak sampai dua minit kot... Yang budak-budak sekolah dok bising tergedik-gedik dari tadi takde pulak ko nak sound ye. Ni yang jadi lagi berangin, tahap puting beliung dah ni. Awal-awal tu baru ribut taufan. Ikutkan kesakitan hati, mau je rasa nak s.e.p.a.k bus driver tu. Tapi ikutkan kuat lagi iman dalam hati and kami pun tak sampai lagi ke destinasi maka sabar jelah... At the least tu jelah yang mampu dibuat. Eii masa tu pintu gate UM pun belum lepas lagi. Gile dashyat punya jammed. Asal hujan je jammed teruk... Masa tu mulalah hati start membebel. Rasa nak salahkan semua yang menyebabkan jammed ni. Kalau pihak berwajib tingkatkan mutu pengangkutan awam, tak adalah semua rakyat malaysia sibuk nak beli kereta. Ini makin ditambah jalan serta highway, jammed tetap tak kurang. Cubalah public transport tu perluaskan and mantapkan lagi kan bagus. Kalau dah seribu orang batalkan niat nak beli kereta, kuranglah seribu kereta kat jalan raya. Kan aman makmur sikit jalan raya kat Malaysia ni... Berbalik pada cerita asal, akhirnya setelah entah berapa minit dalam bas barulah selamat sampai ke destinasi. Ikutkan sakit hati, ade je nak kupancitkan tayar bas tu... Tapi kalau marahkan nyamuk seekor takkan satu kelambu nak dibakar kan. Lagipun turun-turun je bas azan Maghrib berkumandang. Mujurlah hari ni sampai jumaat cuti, eh sampai ahad... So terubatlah hati dengan incident semalam. Ceh... Apa kaitan cuti dengan sakit hati?? Senang je jawapannya. Kalau cuti tak payah pikir nak balik naik apa so tak adalah kejadian semalam berulang lagi... Hati pun senang je boleh lepak-lepak kat rumah, siap boleh update blog lagi (^_^)

24 Aug 2010

First Try

Menu berbuka puasa last Sunday. Tiba-tiba rajin untuk sibuk mencari resepi kuetiew kungfu dan try buat. Ni kalau untuk makan sebulan sekali bolehlah kot tapi kalo tiap-tiap minggu muaklah alamatnya.

Kuetiew kungfu in the making:



First buat kuah dulu... quite simple.


Then baru goreng kuetiew bersama telur macam telur dadar. Part ni yang susah...



FINALLY.... tada....



Siap pun akhirnya... Ada nampak macam kat kedai tak? Hehehe (^_^)






16 Jul 2010

Ayam Masak Cili

I am back!! Ahaha... Dah berkurun tak update blog ni. Sian sian... Ni kalo kebun alamatnya lalang mesti dah same tinggi ngan tuan punya kebun. Have lots of thing to tell tapi malas nak taip... Haha.... Boleh diterima tak alasan tue.

Okay.... Title tu sebenarnya menu untuk makan malam hari ni. Ayam masak cili... Bezanya dengan sambal ayam adalah yang ni masak guna cili besar. Takde gambar untuk ditunjukkan... Bukan saya yang masak but my housemate. Special requested by her boyfriend... Saya tolong tumbukkan cili je. Kiranya ada jasa bakti jugakla tu kan... Hehehe... Next time masak akan ku modify itu punya resipi. Tunggu jelah... Hahaha... Tapi tak tau la bila memandangkan mood rajin masak yang datang sekali sekala je ni. Kalo malas alamatnya masak meggi jelah... Letak telur dengan daun sup dah cukup... Selera jugak makan :P

Till then. Jumpa lagi... Itadakimasu!! (Saya makan dulu)

5 Mar 2010

Stress....

Tak ada mood...

Tension...

Bengang...

Sakit hati...

Tak larat...

Lemah...

Rasa nak marah...

Tapi tak tau nak marah kat siapa...



Sekian... Sesi luahan perasaan. Sorry guys... I am just depressed.

23 Feb 2010

My easy Sunday

Last Sunday I went to Putrajaya with friends.. It's obviously not the first time I went there but this time absolutely just 'jalan-jalan cuci mata'. Usually I went there just to watch movies (at Alamanda of course)... But this time I went with another friend (my bestfriend actually) so basically we were doing different things.  Kebetulan ada karnival WOW Putrajaya... My friend said ada belon panas so tu yang sangat excited nak pergi. But there's no belon panas... and we still had some fun.  Even though I almost kena langgar dengan kereta but still I am happy... Bukannya selalu ada chance untuk enjoy yourself like this. So sekali sekala bila there's a chance,  just make it to the most.

Mula-mula tengok kereta-kereta yang telah di make up... What for huh? Kereta tu of course for display only.. Tak ke rugi. U can't even ride it... Tapi manusia memang macam ni kot sifat. Duit make up kereta tu kalau simpan buat pergi umrah atau haji kan ada faedahnya juga... Tak pun derma kat masjid. Dapat juga pahala... Daripada spend macam tu, just not worth it.  Sometimes we should use our head, not basically because it's our interest or liking... Selalunya jawapan standard sebab minat.  Minat will lead you nowhere... kalau tak digunakan ke arah yang betul serta bermanfaat.

Kita sedia maklum kan cuaca kat Malaysia ni panas semacam dan mungkin akan berterusan sampai bulan depan.  Ramai orang yang datang ke karnival tu, bawak family sekali... Bagus la, it's a good thing to do. A great way to spend time with our family. Tapi yang kurang greatnya bila ada sesetengah parents nie (rasa mostly la) dah tau bawak anak yang still kecil lagi, peringkat baby lagi cubalah tutup kepala anak tu dengan kain... Kalau kot ye pun awak tahan panas tapi kesian la kat si anak tu.  Itu satu hal.. Bila ada show macam ni tau jelah betapa kuatnya muzik yang dipasang. And these parents yang tak berapa cerdik akal ni boleh pulak bawak anak-anak kecik ni meredah celah-celah kebingitan lagu tue.  Cover la telinga anak tu dengan apa-apa... Tak tau ke yang telinga budak-budak lagi sensitif. Nak suruh anak kecik-kecik lagi dah terdedah kepada kemungkinan pekak??  Ooh my... Itu pun tak boleh fikir ke.  I just assure one thing... I won't be like any of these parents.

Masa tengah melintas jalan saya pulak hampir kena langgar dengan kereta.  What a reckless driver... Bukan ke kalau dekat garisan kuning kena berhenti bila ada orang melintas? Kalau dah orang lain  semua b'henti, you should do the same right... It all happened in a split second. Bila tengok kereta semua dah slow so I just walk through and suddenly sedar-sedar my friend grabbed me... It happened so fast that I was totally in shock. Then I saw a car depan mata... Bukan terkejut sebab hampir kena langgar tapi terkejut sebab tiba-tiba kena tarik. My friend lagi la macam trauma... Kalau dia tak grab me instantly, there's no doubt I will be hit by the car. Just imagine driver tu bawak punya laju... Sekelip mata kereta tu was there. Padahal masa nak lintas I don't see any car was coming closer. Kereta-kereta lain semua dah berhenti... My friend sempat kata dengan badan saya yang kurus sekeping ni, tak taulah apa jadi kalau kena langgar. Yeah.. Saya pun tengah cuba bayangkan. Entah ke mana terpelantinglah gamaknya... But thanks God nothing happened.  With my parents yang jauh dari mata, I don't want them to worry about me.


Finally we had a wonderful time; menyusuri Tasik Putrajaya. Naik Dondang Sayang... Tak mampu nak naik cruise. Hehehe... Sebenarnya my friends dah naik cruise before this so kenalah naik bot pulak. Kebetulan ada promosi off 50% so ape lagi kan... Before tu kena pakai jaket keselamatan. Yelah, kalau tercampak dalam tasik tu siapa nak tolong... Dahlah tak reti berenang. Tapi petugas yang accompany kami tu ada lesen life saver... So, no worry. But still I'm worried... This is my second time naik bot. The first one masa kecik lagi... and the fact that I'm sort of phobia with water. A lake is still okay but staring into a big ocean make me nerve... That's why I don't really like beaches. But when I was a small kid my mom tend to bring us to Pesta Pantai tiap-tiap tahun... I enjoyed it as long bukannya kena masuk dalam gigi air. Ooh God... Kalau setakat air mencecah paras buku lali bolehlah... Tapi kalau dah lebih dari paras lutut mau menggigil dibuatnya. Mula-mula naik bot tu quite nervous. Tapi dah lama-lama baru okay... and I captured lot of pictures. I love doing things like this... Just having some sight-seeing. And I glad to do this again... Somewhere, somehow, someplace...


Lastly, just sharing some photos...  Ooh yes, just ignored the date. Lupa nak tukar =P







18 Feb 2010

In Love Like This

What can I say is I'm really in love. Madly in love... Oops... Ini tiada kaitan dengan Valentine's day. I don't even celebrate it. Google tadi, this is one definition on love: To take delight or pleasure in; to have a strong liking or desire for, or interest in; to be pleased with; to like. Hehe.. Rajin tak? Siap google meaning lagi. Love is the sweetest feeling of all... It makes you wanna smile all the time. Betul tak?

Okay. Saya bukannya dilanda sindrom cinta or whatsoever... I spent my weekend with watching this anime. Think that I'm so lucky to stumble upon this really heart-warming anime... I know there's lot of people probably questioning why I really like anime. I just love it, not just into liking. It's weird for them (some of them) if a girl and at age like me to like anime up to now... You know sometimes it's hard to share your interest with other person. I don't mind if people don't like what I am into. After all, we human are different.

This anime titled Kimi ni Todoke (From me to you) literally translated as Reaching You. It's basically a love story. Bukan macam anime yang saya selalu tengok sebelum nie. Ada violance, blood, lawan sana sini... My favourite one yang ade fighting, mighty powers but contains important messages, that only love strengthen us all. This one totally catch my heart. Not because it's a love story. But it's about starting a friendship and developing feeling towards other person. It's not as instant liking... You went into some process into liking others. It's really a sweet anime for me... Thus I fell in love with the character, the male character.






Sharing a light moment together.. How sweet :)



The male character, Shouta Kazehaya... Described as a really nice guy, everybody like him.
I like him too.... hehehe (^_^)





The lead characters... Shouta and Sawako



Tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Sekarang dah episod 19... Tak tau berapa episod keseluruhan. Err.. Saya telah habis menonton anime ni sebanyak 18 episod dalam masa sehari. Sehari, bukan dalam tempoh 24 jam okay. Hebat tak? Hahaha.. Kalau dah addicted memang macam nilah jadinya. Just cannot wait part bila akhirnya si Shouta ni confess perasaan sebenarnya pada Sawako. I think this is how a relationship between woman and man should be build... Slowly begin with a friendship. Rushing into things will get you nowhere... Taking time to know each other well. Enjoying each moments that you had treasured together. That would be wonderful... Being a friend (close friend) will help you understand each other better. Watching this anime taught me about one thing... and let me keep that 'one thing' to myself. :)




p/s: I'm too addicted with this anime... Just can't help myself.

15 Feb 2010

Lone Ranger

Yes, I am a lone ranger. For few days... Semua orang balik kampung and I'm the only one at home. Huhu... Fakta yang menyedihkan... Sebab tak pernah bersendirian. Biasanya I'm the one who left everyone behind.. Tapi tak apalah. It's okay to be on my own.. Except jadual hidup yang sangat tak terurus... Hari ni managed well sikit. At least mandi awal sikit and juga lunch awal compared dengan semalam. Dah dekat Maghrib baru sibuk nak memasak... Itu pun sebab dah lapar sangat.

Semalam layan movie Korea, best jugak. Hari ni rasa nak layan drama jepun atau korea tapi nak tunggu loading tu yang agak malas... Best jugak kalau hari-hari macam nie. Tapi jadi macam anti social pulak.... Dah dua hari duduk dalam rumah je. Tak keluar langsung... Sangat macam budak baik. Bukan baik sebenarnya, tapi malas nak pergi mana-mana... Bukannya ada tujuan pun. Setakat keluar window shopping malaslah. Baik duduk rumah senyap-senyap. Bila macam ni rasa nak off je handphone... Betul-betul nak bersendirian and asingkan diri dari dunia waima sebentar cuma. Sebab kadang-kadang rasa dah sesak nafas berada dalam dunia ni. Alangkah bagus kalau dapat duduk dalam my own space untuk tempoh tertentu dalam sehari...

Teknologi tu memang bagus dan memudahkan manusia tapi menyusahkan jugak kadang-kadang. Bila orang telefon anda time betul-betul tak ada keinginan nak bercakap dengan orang.... Bila rasa malas sangat nak balas message yang orang hantar. Lagi rimas bila orang telefon masa kita tengah buat sesuatu dan tak dapat jawab.  Lalu mereka pun menelefon berkali-kali lepas tu sampai la kita jawab. Excused me, ingat telefon tu melekat dengan saya ke?? Macam orang tak ada kerja lain nak buat selain tunggu tepi telefon tue. Tension betul. Jujurnya, rasa telefon ni menyudahkan kadang-kadang.... Separuh privasi terjejas. Bagus juga hidup tanpa handphone kan.... Tapi sesuatu yang dah berlaku takkan berubah. So still have to cope with it.

After today cuti tinggal lagi sehari. Bosannnya bila fikir cuti dah nak berakhir... Tapi kerja dah jadi rutin harian. Part of my life now... At least tiap-tiap hari ada semangat nak pergi kerja walaupun sebesar zarah cuma . Compared dengan sesetengah orang yang tanpa perasaan pergi kerja because they don't like it. Which one is better? I don't really like my job... But I'm still grateful that I have a job, I got money every month. Pengalaman kerja sebelum ni sangat memeritkan. Rasa pergi kerja macam nak pergi medan perang... Jadi berada di tempat sekarang membuatkan saya lebih bersyukur pada-Nya. Alhamdulillah....

12 Feb 2010

It's ME!!

Hahaha... Title entah ape-ape. Izinkan saya gelak dulu ye.... Hehehe. Baru-baru ni tukar profile pic di facebook... Gambar tu ambik sendiri masa hari Ahad sebelum keluar ke Masjid Jamek dengan housemates. Sementara tunggu my rumate bersiap, macam2 gaya bergambar.  Sebab dah agak lama tak letak latest pic of myself, so letak lah pic baru ni yang telah diedit di http://www.phixr.com/.  Yang kelakarnya dapat macam-macam komen pasal pic nie.  Aduhai... Pada yang komen kata pic ni cantik, thank u!! Hehe :)  But then ada seorang kawan kata nampak lain... Huhu... Lain sangat ke? Mula la rasa macam tu bukan diri sendiri pulak...  Oleh itu saya ambik keputusan nak upload gambar sebelum dan selepas diedit. Berbeza sangatkah rupa saye... Confused nie...


Sebelum diedit... Hanya crop je sebab xnak nampak sofa rumah kami yang dah uzur...



Lepas edit guna Phixr... Mula2 guna noise tool untuk remove noise/despeckle. Then guna colour effect (make love, not war)... So terhasil la pic nie.


One more pic....

Ni pulak guna colour effects (cross process)...


Suka guna phixr sebab mudah dan tak leceh. Kalau tahap macam Photoshop tu memang malas la... For me simple is better... Sebab penyakit MALAS kan... ehehehe... Bila tengok gambar ni terfikir jugak. Apa yang membuatkan aku nampak lain?? Sendiri tak terjawab... I'm not pretty so terima kasih kepada photo editing software yang mampu mengubah wajah ini. Hehehe...


P/S: Lain sangat ke muka saye???