Nak buat luahan perasaan. Grr... Geramnya!! Biasanya balik rumah sebelum ni tumpang ofismate. Dia akan dropkan dekat stesen Universiti and terus je jalan kaki balik rumah. So biasanya pukul 6 mesti dah sampai rumah... Waktu kerja habis pukul 5.30. Tapi oleh sebab kakak tu dah pindah so kena lah cari alternatif lain untuk balik. Biasanya naik cab dengan seorang lagi ofismate ni tapi semalam oleh kerana hujan lebat so saya pun decide nak balik lambat sikit... Lagipun parah jugak kalau hari-hari naik teksi. Ingatkan kalau tunggu bas lepas pukul 6 tak adalah ramai sangat orang. Tapi memang malang nasib. Bas yang ketiga baru la sudi nak bagi kami naik. I am with my other officemate at the time... Mujurlah dapat juga naik kalau tak agaknya dah azan Maghrib pun still stuck dalam UM. A bit luckier dari orang lain yang still kena tunggu the next bus to come. Adalah dekat 45 minit jugak tunggu bas tu... Kalau jalan kaki pun dah selamat sampai rumah, lepak-lepak depan tv. Menyesal pun tak guna kan. Bas tu pun tak payah cakapla... Kalau dah namanya Rapid KL yang masuk dalam UM tak sah kalau tak padat macam sardin... Kalau time tengahari je tak ramai orang kot. Yang nak diceritakan ni pasal suasana dalam bas ni. Adalah tiga empat orang budak sekolah ni yang entah macam mana boleh sesat dalam bas tu... Dahla bising, bahasa yang digunakan kasar pulak tu. Memang panas je hati. Dahla penat baru balik kerja, dengan memang sediakala hot tunggu bas punya lama.. Rasa nak sound je sedas dua suruh budak-budak tu senyap sikit. Budak-budak zaman sekarang memangla kurang manner kan. Lepas tu yang lagi menyakitkan hati bila the bus driver shouted at my friend suruh ke tepi sikit. Kalau ko cakap elok-elok sikit tak boleh ke? Macamlah orang pekak or tak paham bahasa nak kena jerit-jerit macam tu. Lagipun manalah my friend tau she's blocking the side mirror. Dia duduk situ tak sampai dua minit kot... Yang budak-budak sekolah dok bising tergedik-gedik dari tadi takde pulak ko nak sound ye. Ni yang jadi lagi berangin, tahap puting beliung dah ni. Awal-awal tu baru ribut taufan. Ikutkan kesakitan hati, mau je rasa nak s.e.p.a.k bus driver tu. Tapi ikutkan kuat lagi iman dalam hati and kami pun tak sampai lagi ke destinasi maka sabar jelah... At the least tu jelah yang mampu dibuat. Eii masa tu pintu gate UM pun belum lepas lagi. Gile dashyat punya jammed. Asal hujan je jammed teruk... Masa tu mulalah hati start membebel. Rasa nak salahkan semua yang menyebabkan jammed ni. Kalau pihak berwajib tingkatkan mutu pengangkutan awam, tak adalah semua rakyat malaysia sibuk nak beli kereta. Ini makin ditambah jalan serta highway, jammed tetap tak kurang. Cubalah public transport tu perluaskan and mantapkan lagi kan bagus. Kalau dah seribu orang batalkan niat nak beli kereta, kuranglah seribu kereta kat jalan raya. Kan aman makmur sikit jalan raya kat Malaysia ni... Berbalik pada cerita asal, akhirnya setelah entah berapa minit dalam bas barulah selamat sampai ke destinasi. Ikutkan sakit hati, ade je nak kupancitkan tayar bas tu... Tapi kalau marahkan nyamuk seekor takkan satu kelambu nak dibakar kan. Lagipun turun-turun je bas azan Maghrib berkumandang. Mujurlah hari ni sampai jumaat cuti, eh sampai ahad... So terubatlah hati dengan incident semalam. Ceh... Apa kaitan cuti dengan sakit hati?? Senang je jawapannya. Kalau cuti tak payah pikir nak balik naik apa so tak adalah kejadian semalam berulang lagi... Hati pun senang je boleh lepak-lepak kat rumah, siap boleh update blog lagi (^_^)
No comments:
Post a Comment