Yes, I am a lone ranger. For few days... Semua orang balik kampung and I'm the only one at home. Huhu... Fakta yang menyedihkan... Sebab tak pernah bersendirian. Biasanya I'm the one who left everyone behind.. Tapi tak apalah. It's okay to be on my own.. Except jadual hidup yang sangat tak terurus... Hari ni managed well sikit. At least mandi awal sikit and juga lunch awal compared dengan semalam. Dah dekat Maghrib baru sibuk nak memasak... Itu pun sebab dah lapar sangat.
Semalam layan movie Korea, best jugak. Hari ni rasa nak layan drama jepun atau korea tapi nak tunggu loading tu yang agak malas... Best jugak kalau hari-hari macam nie. Tapi jadi macam anti social pulak.... Dah dua hari duduk dalam rumah je. Tak keluar langsung... Sangat macam budak baik. Bukan baik sebenarnya, tapi malas nak pergi mana-mana... Bukannya ada tujuan pun. Setakat keluar window shopping malaslah. Baik duduk rumah senyap-senyap. Bila macam ni rasa nak off je handphone... Betul-betul nak bersendirian and asingkan diri dari dunia waima sebentar cuma. Sebab kadang-kadang rasa dah sesak nafas berada dalam dunia ni. Alangkah bagus kalau dapat duduk dalam my own space untuk tempoh tertentu dalam sehari...
Teknologi tu memang bagus dan memudahkan manusia tapi menyusahkan jugak kadang-kadang. Bila orang telefon anda time betul-betul tak ada keinginan nak bercakap dengan orang.... Bila rasa malas sangat nak balas message yang orang hantar. Lagi rimas bila orang telefon masa kita tengah buat sesuatu dan tak dapat jawab. Lalu mereka pun menelefon berkali-kali lepas tu sampai la kita jawab. Excused me, ingat telefon tu melekat dengan saya ke?? Macam orang tak ada kerja lain nak buat selain tunggu tepi telefon tue. Tension betul. Jujurnya, rasa telefon ni menyudahkan kadang-kadang.... Separuh privasi terjejas. Bagus juga hidup tanpa handphone kan.... Tapi sesuatu yang dah berlaku takkan berubah. So still have to cope with it.
After today cuti tinggal lagi sehari. Bosannnya bila fikir cuti dah nak berakhir... Tapi kerja dah jadi rutin harian. Part of my life now... At least tiap-tiap hari ada semangat nak pergi kerja walaupun sebesar zarah cuma . Compared dengan sesetengah orang yang tanpa perasaan pergi kerja because they don't like it. Which one is better? I don't really like my job... But I'm still grateful that I have a job, I got money every month. Pengalaman kerja sebelum ni sangat memeritkan. Rasa pergi kerja macam nak pergi medan perang... Jadi berada di tempat sekarang membuatkan saya lebih bersyukur pada-Nya. Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment