28 Jan 2010

The dessert personality quiz

Knowing our personality through favourite dessert. It's fun!! Meh kita tengok siapa yang kena (^_^)


Angel food: Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being childlike and immature at times.

Brownies: You are adventurous, love new ideas, are a champion of underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your saber. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

Lemon meringue pie: Smooth, sexy, and articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

Vanilla cake with chocolate icing: Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life; very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad. However, you are a friend for life.


Strawberry short cake: Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

Chocolate cake with chocolate icing: Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

Ice cream: You like sports, whether it be baseball, football, basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

Carrot cake: You are a fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

13 Jan 2010

~ Best Moment 2009 ~


Lupa nak share... This is one of the best memories untuk dikenang in 2009. Last year my younger sister was taking PMR... On 24th December result pun keluar. Kakak-kakak dia pulak yang nervous terlebih... Masa tu saye cuti. Kebetulan hari result keluar tu saye balik Pahang.. Jadinye lagilah bertambah excited nak sampai rumah. Dia ni adik saye yg kedua... Saye ada 3 orang adik perempuan. Name dia Nursyahirah... Masa kecik selalu ejek dia anak angkat sebab muka dia chinese look.. hehe... Beza umur saye dan dia is 10 years. Jauh kan jarak kitorang?




Ni dia budak yang b'name Nursyahirah... Nickname dia 'kakak'. Dah sangat tinggi berbanding kakak2nya. Malu nak berdiri sebelah dia dah... hahaha


Alhamdulillah... Dia dapat 9A in PMR. Syukur sangat-sangat.... Mase tu dia tak pergi ambik result pun. Kawan-kawan dia yang tolong checkkan... Dia tak nak pergi Kuantan untuk ambik result walaupun mak suruh. Tapi tak apalah kan... Still she had done a great job. Really proud of her :)
This one of the best things yang berlaku in 2009...  Kenangan yang pastinya terindah buat dia. We all love you, kakak!

~ Selamat Hari Tua ~


Hari ni adalah birthday one of my housemate yang ke 25. Dah makin tua budak nie... Suzana nama dia.  Start kenal dia mase pindah masuk ke rumah sewa on midth of June... Masa tu memang tak kenal sape-sape. Mujurlah dapat housemates yang baik... Alhamdulillah. Since dari awal she always help me.. Memang baik orangnya serta sengal jugak kadang-kadang. Hehe.. Tapi hidup memang ceria dengan cik Suzana nie. Dialah tempat mengadu masalah, tempat luahan perasaan.. Dan saya jugak tempat luahan perasaan dia... Memang adil lagi saksama ;)
<- Nilah rupa cik Suzana...

So semalam lepas solat Maghrib terus bersiap dan pergi midvalley.  Rancangnya nak beli kek birthday untuk dia and buat a simple surprise birthday celebration... So everything went well. Kek yang dibeli simple and murah je. Sebab nak surprisekan dia punya pasal saye siap tumpangkan kek tu dekat rumah adik.. Almaklumlah rumah dekat sangat. Even housemates yang lain pun tak tau my plan. 


Sementara nak tunggu pukul 12 malam layan la cerita dekat tv. Tari Tirana, erm pastu tak pasti cerita ape, then tengok Gossip Girl yang dah berzaman tak layan... Muka pun selamba je macam tak ada ape-ape. Masa bagi kek dekat adik dah pesan siap-siap suruh dia naik 5 minutes before 12.  Sekali tu kan boleh pulak birthday girl ni nak masuk tidur... Lagi setengah jam nak pukul 12 masa tue... Ape lagi cepat-cepat message adik suruh naik lagi 5 minit. Memang tak boleh nak buat sharp on time... Hancur plan A saye.
Tak lama lepas tu kek pun tiba. Saye pun cepat-cepat panggil birthday girl suruh keluar... Bila tengok muka gembira dia tue memang rase happy sangat. Sebab dapat buat dia happy on one of her biggest day.




Nilah rupa kek chocolate mousse yang simple itu... Ade separuh lagi dalam fridge.  Taking this pic guna IPhone birthday girl... Maklumla baru je beli.



Birthday girl kena pasang sendiri lilin... Padan muka! Sape suruh tetiba nak masuk tido...


So we had a wonderful moment semalam. Walaupun simple je but just nice... Adalah sesi menyuap kek dan gelak-gelak bila si budak bertuah ni main-main pulak masa nak suap kek kat mulut saye. Huh!!  To my dear housemate, Suzana... Wish u a very happy birthday. Sayang bangat sama kamu!!!

12 Jan 2010

Kasihku

Aku tidak ingin mengasihi dia kerana perasaanku
Aku tidak ingin menyayangi dia kerana jiwaku
Kasihku pada dia berlandaskan kasihku pada Tuhan yang Satu
Andai kasihnya ternyata bukan untukku
Kuyakin kasih Tuhan padaku akan menghapus luka-luka itu

Coretan sana sini

Last weekend adalah sangat menggembirakan for me. Kalau boleh nak ulang semula saat-saat tu. Lepas habis kerja on Friday terus balik rumah kemas barang dan b’tolak ke Bangi. Komuter sangat sesak, memang tension dibuatnye. Tapi disebabkan nak ke UKM jugak punya pasal, bertahan sajalah dalam kepadatan tren tue. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa sebarang kecederaan..Hehehe. Macam biase, saya stay di rumah bestfriend. Malam tu pegi family day Kolej Rahim Kajai. Sekadar jalan2 beli makanan dan sehelai selendang. Tak reti pun pakai selendang tapi belasah sajalah. Asal nampak macam pakai sudahla. Malas nak merapi lawa-lawa. Bukannya ada orang nak tengok pun.

On Saturday sebelah paginya tak ada aktiviti. Oleh sebab plan nak balik KL petang tu jugak so saye pun iron baju siap-siap. Rajinlah sangat kan. Padahal dah pukul 12 tghari tapi belum mandi lagi. Hehe… Petang tu pegi pasar malam Bangi. Saye suka sangat pasar malam ni. Compared dengan pasar malam Kerinchi yang sangat kecik dan tak banyak pilihan, memang tak jadi apa la. Rasa macam nak stay dekat Bangi pun ada tapi jauh la pulak nak ulang alik ke KL. Kalau ada transport pun still parah. Dengan nak kena bangun awal pagi lagi. Sanggup ke wahai Husna? Of courselah tidak. Duduk rumah sekarang, keluar pukul 8 pun sempat lagi. Berbalik pada cerita pasar malam, memang borong makanan sajalah. Biaselah masa membeli, memang tamak... Sudahnya ada je makanan yang tak b’sentuh ataupun kena sentuh sikit je and then end up masuk dalam tong sampah. Sukalah sangat kawan dengan syaitan kan... Then bila dan macam tu barulah perasan I spend a lot of amount on foods only. Aduhla Husna, memang patut lain kali pegi pasar malam bawak 10 ringgit je.

Malam tu ada aktiviti sangat best, menonton teater! Dah lama sangat tak tengok teater... Memang rindu la aktiviti ni. Dulu sanggup berjalan dari Burhan ke Dewan Gemilang (DG) semata-mata nak tengok teater. My college is one of the best dalam teater, tu yang lagi semangat pergi tengok and bagi sokongan. Mase second year siap join kelab teater tapi tukang sediakan props jelah, bukannya barisan pelakon. Harusla teater itu hancur kalau saye yang berlakon… Mase tengah tengok teater jumpa Nad, Amalina serta Hadi. Punyalah excited jumpa Nad dan Malin sampaikan boleh tak perasan akan kewujudan Hadi walaupun dia pakai baju warna kuning terang benderang. Sorry Hadi!! Persembahan teater sangat best sampai tak larat nak gelak. Terima kasih kepada my bestfriend sebab bawak saye pegi tengok teater. Saye duduk senyap-senyap je kat sebelah bila dia dah start memecut keretanya. Bukannya reti nak drive kereta slow sikit budak seorang tu. Thanks a lot jugak especially kepada Nad dan Amalina for the wonderful moment. Harap-harap dapat enjoy lagi moment macam nie. Yang pentingnya, kolej yang saya telah stay selama 3 tahun sepanjang kat UKM yang menang dalam teater tu. So sangat puas hati lah… Bravo Tekad!!


Ahad tu pulak kena bertugas di KLCC, ada The Star Education Fair. Best jugak… It’s a whole new experience for me. First time bertugas jaga booth… Boleh tengok macam-macam ragam orang. Saye tak familiar dengan KLCC sebenarnya, sebab jarang pergi. Pukul 8 lebih bertolak dari Bangi... Mujur jugak tren tu laju hari tu. Around 9 something sampai rumah.. Terus tukar baju, minum milo dan bertolak ke KLCC. Tak sempat nak breakfast pun. Bila dah sampai KLCC jadi satu hal pulak... Tak tau arah ke Convention Centre. Malu bertanya sesat jalan..Jadi saye pun tanyalah dekat guard. Dengan kepakaran melilau sedia ada, akhirnya selamat sampai. Tapi bila dah kat situ lagilah tension. Sampai nak menangis dibuatnya sebab cari booth UM tak jumpa... Adalah dalam 15 minit melilau dalam tu, dari Hall 3 ke Hall 1 tapi tak jumpa jugak. Sakit hati betul, kaki pun dah sakit. Punyalah kecik dan comel booth Universiti Malaya yang tersohor tue. Jangan salah paham, pihak pengurusan cuma nak jimat duit. Ruang yang kecik tu pun dah RM500O. Tak taulah berapa kolej swasta dengan booth mereka yang sangat besar tu bayar... Takpe, mereka banyak duit kan. Punyalah susah nakjumpa booth UM sebab terlindung dengan booth mereka yang sangat besar. Memang tenggelamla... Sepanjang booth tu baru tau macam mana nak bersoal jawab dengan orang yang datang. Banyak yang tak tau lagi so agak cuak la... Tapi lepas tu dah agak confidence. Ramai yang datang nak tanya pasal degree program serta diploma.. Untuk soalan seperti ada tawar diploma atau degree secara PJJ tu memang boleh diabaikan je. Jawapannya of course la tak ade. Ramai jugak yang assumed dengan diploma terus boleh sambung MA. Senangnye hidup macam tu kan... Terfikir jugak, mereka ni dah attend kolej/universiti. How come fakta seperti only with degree je boleh sambung Master pun dorang tak tau... Ooh, yang tu semua for undergraduates… Mine is postgraduate tapi oleh sebab duduk sebelah menyebelah so tolonglah jawabkan.

Ada seorang ni ingatkan tengah buat MA sebab dia tanya pasal PhD program. Rupanya baru belajar di Politeknik... Dah siap tanya pasal Phd. Semangat betul dik... Yang datang tanya for postgraduate tak ramai. Tengok gelagat budak-budak sekolah,yang baru lepas SPM tu yang bestnya. Ada sekumpulan budak-budak ni, all boys, memang kelakar la tengok dorang. Ade seorang nie sangat menarik perhatian... Sangat comel, hensem, sempoi, cute dengan pakai baju warna pinknya. Tak suke sebenarnye lelaki pakai warna pink tapi dia ni dapat pengecualian sebab comel. Nasiblah baru lepas SPM dik oii... Hehehe =P So overall memang bestla join pameran macam nie. Bos dah kata nanti pameran luar KL dia nak heret saye sekali.. Hehe. Bestnye!!! Tapi kan sampai sekarang kaki sakit tak lega lagi. Tu yang tak bestnya :( Sekian laporan tak berapa nak ringkas hujung minggu saya...

8 Jan 2010

Wajah Siapa Yang Kau Cari

Wajah Siapa Yang Kau Cari (Ibnor Riza)

Tidak ku tahu apa maksudmu
Tertanya-tanya pula di hatiku
Lama sudah menanti belum kutemui
Jawapanmu yang masih samar

Wajah siapa yang engkau cari
Hati yang mana kau ternanti-nanti
Semakin binggung sungguh sedih
Tak menentu didalam permainan rindu

Terbuang sudah rasa kasih yang kucurah
Meresap jauh dan entah ke mana
Sia-siakah pengorbanan ini
Ataukah memang sengaja diuji

Bercinta denganmu bagaikan bermain
Di taman larangan istana kayangan
Andai ku ditawan pastinya hukuman
Harus kuterima walau tak kurela

Apakah lagi yang masih kurang
Dan apa pula terlebih buatmu
Tak dapat aku teka seandainya
Engkau masih lagi berdiam diri

Didera permainan rindu
Itukah hadiah untukku
Adakah ku diuji

Just terjumpa lirik lagu nie... Hurm.. Not really related with me. But still ade some part yg menyentuh perasaan :

Wajah siapa yang engkau cari
Hati yang mana kau ternanti-nanti
Lama sudah menanti belum kutemui
Jawapanmu yang masih samar